19 November 2017

AKUI SALAH LEWAT 5 JAM - FATHIA LATIFF RASA SEDIH, 'KENA GAME'


Pelakon Fathia Latiff baru-baru ini sekali mencetuskan kontroversi terbaharu apabila dirinya itu datang lewat lima jam ke set pengambaran.





Fathia yang mengakui datang lewat dari masa yang ditetapkan pihak produksi menjelaskan, dia sebenarnya berada dalam keadaan bersedia dengan pakaian yang sesuai ketika sampai di set.

Namun begitu, pelakon drama 'Menanti Februari' itu berasa dipermainkan apabila mendakwa wataknya sebagai tetamu di sebuah program bual bicara digantikan dengan pelakon lain iaitu Siti Elizad.

"Memang salah saya tapi bila dah sampai mereka suruh saya tukar baju kurung. Sepatutnya saya dapat watak Elizad itu.

"Tiba-tiba mereka batalkan tapi tak apa. Saya tak ada masalah dengan itu. Tapi sedihlah sebab mereka bagi alasan.

Klik untuk gambar besar


"Saya sampai pukul 8 malam dah siap tukar baju kurung dan tudung labuh. Kemudian suruh tukar balik baju arab. Rasa dipermainkan. Tapi tak apa, semoga Allah merahmati anda," katanya.

Pada malam Jumaat lalu menerusi laman Instagram secara langsung, Fathia telah meluahkan rasa sedihnya. Bagaimanapun, video berkenaan telah dipadamkan selepas beberapa jam dimuatnaik.

Berdasarkan artikel gosip di sebuah portal hiburan, Fathia dilaporkan tidak muncul pada waktu yang dijadualkan pihak produksi program tersebut.

Menurut artikel tersebut, Fathia sepatutnya perlu berada di set program berkenaan pada pukul 3 petang namun dia muncul selepas pukul 8 malam.



Menurut salah seorang kru yang terlibat, produksi bernasib baik kerana Siti Elizad setuju untuk bekerjasama dan menjadi bidan terjun walaupun diberitahu pada saat akhir.

Dalam pada itu, Fathia dalam video yang sama turut memberitahu bahawa dia ingin menyampaikan satu mesej untuk rakyat Malaysia mengenai isu yang sedang diperkatakan.

Namun, belum sempat mesej itu disampaikan, pelakon wanita tersebut menerima arahan untuk tunggu di belakang pentas sebelum pihak produksi membatalkan kemunculannya.

"Mereka hanya minta saya tunggu segmen 5. Saya tanya mana fon telinga tapi mereka suruh tunggu. Saya duduk dekat belakang dan tunggu saja sebab ada mesej nak sampaikan untuk orang ramai.

"Ia satu mesej yang bagus untuk rakyat Malaysia. Tapi tiba-tiba mereka batalkan tanpa beritahu awal," ujarnya lagi yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa kontroversi hangat di laman sosial.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: