20 November 2017

20 FOTO: SEKITAR RESEPSI IZARA & ADIB - UMMI NAZEERA KONGSI KISAH 'PERTEMUAN'


Semalam pasangan, Izara Aishah dan Adib Khalid telah diraikan sekali lagi dalam satu majlis resepsi perkahwinan yang diadakan di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.





Ramai yang terpaku melihat kejelitaan Izara yang tampil bak puteri raja dengan busana yang direka khas oleh Rizalman.

Tidak seperti majlis pernikahannya Jumaat lalu, kali ini ramai memuji solekan dan busana Izara yang hampir sempurna seperti puteri raja dengan busana yang meleret panjang.

Selain kejelitaan wajah Izara, ramai turut terpesona dengan hiasan pelamin keseluruhannya yang tampak mewah.

Selain Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk K selaku ahli keluarga, beberapa orang tetamu kenamaan seperti Nurul Zahid dan selebriti, Neelofa dan Farah Nabilah turut hadir memeriahkan majlis persandingan semalam.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, siapa sangka disebalik kisah percintaan Adib dan Izara, terselit usaha pelakon Ummi Nazeera yang menjadi dalang menemukan dua hati itu.

Menerusi laman Instagram, Ummi berkongsi saat Adib meminta pertolongannya untuk bertemu dengan Izara. Kerana masih segan silu dengan wanita itu, Adib meminta Ummi menjadi orang tengah ketika bertemu dengan Izara.

Semuanya bermula ketika Siti yang juga ibu tiri kepada Adib mengadakan konsert. Kerana keinginannya untuk bertemu Izara, Adib meminta Ummi hadir ke konsert agar dapat memulakan bicara yang baik-baik mengenai dirinya.

Untuk pengetahuan, Ummi dan Adib merupakan rakan baik sejak dari kecil, sehingga ke peringkat sekolah menengah dan seterusnya memasuki universiti yang sama di Melbourne.

Jadi tidak hairanlah Ummi yang juga sempat memuanaik gambar mereka bertiga ketika itu sanggup turun padang menolong Adib mencari cinta sejatinya.



Akhirnya usaha Ummi berhasil menyatukan mereka. Sempena perkahwinan Adib dan Izara Jumaat lalu, Ummi berkesempatan 'throwback'’ kisah perkenalan mereka dulu.

Selepas menghadiri konsert berkenaan, media pernah menggosipkan Ummi dan Adib walaupun ketika itu Ummi hanya bertindak sebagai matchmaker Adib-Izara sahaja.

Malahan menurut Ummi, dia duduk di antara Adib dan Izara malam itu dan Adib pun masih malu-malu bercakap dengan Izara.

Jika masih ingat, Ummi pernah digosipkan dengan Adib seketika, rupanya kerana sering menemani Adib untuk bertemu Izara.






SEKITAR MAJLIS RESEPSI IZARA AISHAH & ADIB KHALID

































www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Oh Bulan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: