20 November 2017

TAHNIAH: ISTERI SELAMAT BERSALIN - FAD BOCEY TIMANG ANAK KEDUA, PEREMPUAN


"Bismillahirahmanirrohim. Syukur alhamdulillah pada tanggal 19 November, hari Ahad yang bahagia ini, tepat jam 6.57 pagi kami selamat menyambut puteri kami.





"Yeay, mommy dah ada kawan! Terima kasih mommy, love u so much @syaheeraarahman," demikian kata pelawak Fad Bocey yang menerima kehadiran cahaya mata keduanya iaitu seorang bayi perempuan selepas isterinya, Nur Syahirah Abdul Rahman selamat bersalin pagi semalam.

Fad & isterinya itu mengumumkan berita gembira tersebut menerusi sebuah entri yang dimuatnaik di laman Instagram milik masing-masing.

Melihat pada entri isteri Fad, Syaheera telah mengucapkan terima kasih kepada suaminya serta doktor yang membantunya dalam proses bersalin.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah, terima kasih wahai insan yg bernama suami sebab ada dari awal perjalanan melahirkan puteri kita.

"Dari 2cm hinggalah ke 10cm yg ambk masa agak lama tapi ya Allah nikmat kesakitan tu yg paling tak boleh nak lupa.

"Hargailah insan yg bernama 'wanita' yg dgn rela hatinya sanggup melahirkan zuriat kita sebab kesakitan yg dia tanggung tak dapat nk digambarkan mcm mna.

"Terima kasih jgk dr norleen yg dari awal support apa yg sy mintak. Terima kasih utk kali kedua menyambut baby ktorang πŸ‘ΆπŸ» dan utk semua nurse yg setiap kali tukar shift mesti dtg bgi support.



"Semoga Allah balas jasa kalian semua. Terima kasih sekali lgi atas ucapan tahniah dan yg mendoakan sy dan baby.

"Alhamdulillah semuanya selamat dan dipermudahkan utk sy bersalin secara normal ❤️ baby pun dalam keadaan baik ☺️," tulis isteri Fad.

Kelahiran cahaya mata perempuan melengkapkan lagi keluarga mereka selepas pasangan ini dikurniakan anak lelaki kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan pada 11 Disember 2015.






www.myartis.com / Sumber & foto: Fad Bocey IG & Syaheera Rahman IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: