20 November 2017

5 GAMBAR - LUFYA OMAR & SUAMI NAMAKAN PUTERI SULUNG, 'LAANA HAURA'


Menerusi laman Instagram, pelakon Lufya Omar secara rasmi telah memberitahu nama puteri sulungnya yang lahir pada 11 November lalu.





Lufya dan suaminya, Che Muhammad Hafiz Che Baharom telah berpakat menamakan anak mereka dengan nama 'Laana Haura'.

Dalam pada itu, pasangan ini juga telah mewujudkan akaun rasmi buat anak perempuan mereka itu. Namun sehingga kini akaun tersebut masih lagi privet dan belum dibukan secara umum.

"Baby L nak umumkan nama harini. Thank u aunty-aunty chantik & uncle-uncle hensem kasi idea kat mummy nak letak nama apa.

Klik untuk gambar besar


"Pastu mummy pun refer kat Ustaz @syedkadir dan isteri @salimahabibi Nama apa yang sesuai dengan makna yang baik untuk Baby L.

"Kata Ustaz nak bagi nama ini kene hati-hati supaya nama yg diberikan tidak disesali hingga akhirat tau... Nama yg akn dipggil di Padang Mahsyar.

"Goosebump dengar kan?? Selepas mummy & daddy perah kepala fikir nama apa nak kasi akhirnya dengan kata sepakat menamakan baby L dengan nama ?? @laanahaura," kata Lufya di IGnya.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan dan semoga anak ini membesar dengan sihat dan berbakti kepada kedua ibu bapanya.








www.myartis.com / Sumber: Lufya Omar IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: