20 November 2017

PELAKON 'AH BOYS TO MEN 4' DISERBU PEMINAT DI ONE UTAMA


Hari ini, telah berlangsung tayangan filem 'Ah Boys To Men 4' untuk media di GSC One Utama, di mana ramai pelakonnya telah hadir untuk sesi soal jawab selepas tayangan filem tersebut.

Apa yang menarik, bukan hanya puluhan media yang hadir... malah puluhan peminat filem tersebut juga hadir ketika sesi soal jawab media yang diadakan disebuah pusat hiburan berdekatan. Mereka kelihatan turut membawa banner, lampu led yang tertera nama pelakon sambil memberi sokongan padu terhadap pelakon kegemaran mereka itu.





Untuk info, 'Ah Boys To Men 4' hingga kini telah meraih lebih SGD sejuta dalam masa beberapa hari tayangannya. Ia sekaligus diramal bakal menyamai kutipan tertinggi siri filem itu yang dicatat sebelum ini : Ah Boys To Men SGD 6.3 juta, Ah Boys To Men 2 SGD 7.9 juta (rekod tertinggi kutipan Box Office di Singapura bagi filem tempatan), Ah Boys To Men 3 SGD 7.8 juta.

Filem komedi terbitan Singapura itu akan mula ditayangkan di negara ini pada 23 November 2017.











GAMBAR LAIN: KLIK DI SINI

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: