03 November 2017

8 FOTO - FYNN & SUAMI TIMANG ANAK ANGKAT BARU, SAKTI KENCANA FITRI


Menerusi akaun Instagram penyanyi Fynn Jamal, beliau ada berkongsi berita gembira apabila menerima seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Sakti Kencana Fitri.





Umum mengetahui Fynn mempunyai masalah untuk hamil dan pernah juga mengambil seorang anak angkat lelaki, Bakti Arjuna Fitri yang kini sudah menjangkau usia 5 tahun.

Ramai juga netizen yang ingin mengetahui bagaimanakah penerimaan Juna terhadap adik barunya itu.

Juna seorang kanak-kanak autistik mungkin tidak dapat meluahkan rasa gembira dengan kata-kata tetapi ada juga perlakuannya yang menunjukkan beliau tahu Kencana adalah adiknya.

Klik untuk gambar besar


Fynn ada berkongsi sedikit coretan mengenai Juna dan Kencana yang menyentuh hati pengikutnya di Instagram.

Walaupun tidak melahirkan Juna dan Kencana daripada rahimnya sendiri, naluri seorang ibu Fynn tetap kuat dan kasih sayang kepada dua orang anaknya itu kekal selamanya.

Semoga Juna dan Kencana menjadi seorang anak yang soleh dan solehah serta hubungan mereka akan sentiasa rapat meskipun darah yang mengalir tidak sama.














www.myartis.com / Foto: Fynn Jamal IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: