03 November 2017

TERIMA KATA-KATA NEGATIF: "MUNGKIN CEMBURU, PERKARA BIASA" - ELFIRA


"Apabila kami melangkah lebih dekat kepada benda yang baik, iaitu mendirikan masjid, sudah tentu semua orang mendoakan yang baik.





"Tetapi kalau ada yang berkata-kata negatif itu mungkin kerana cemburu. Itu perkara biasa. Pastinya akan ada orang bercakap," kata pelakon Elfira Loy yang terkilan dengan kritikan negatif orang ramai.

Majlis pertunangan gilang gemilang bagi Elfira dan penyanyi Sufian Suhaimi pada bulan lalu sehingg kini terus menimbulkan cakap-cakap orang di belakang.

Sebagai anak seni, khususnya Elfira pastinya sudah biasa dengan krtitikan negatif yang dilemparkan.

Klik untuk gambar besar


Menurut Elfira, peminat seharusnya mendoakan kesejahteraan mereka yang bakal bernikah pada tahun depan, bukan menilai sesuatu dari luaran seterusnya sesuka hati menjatuhkan hukum.

Selain itu, Sufian sempat berkongsikan mengenai persiapan perkahwinan mereka yang pada ketika ini masih belum memutuskan apa-apa lagi.

"Buat masa ini kami hanya melihat tempat dan memikirkan konsep. Semuanya masih di awang-awangan.



"Masing-masing tengah berangan untuk membuat begitu dan begini tetapi semuanya belum dimuktamadkan," ujar penyanyi yang popular menerusi lagu 'Terakhir'.

Pastinya peminat pasangan sama cantik sama padan ini tidak sabar melihat mereka disatukan.

Apapun, buat Elfira, abaikan sahaja cakap-cakap orang, apa yang penting kebahagiaan hati sendiri.






www.myartis.com / Sumber: MMO


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: