03 November 2017

'GURAUAN KASAR' DI PENTAS GV4 - HAZAMI MAAFKAN NABIL


Semua mengetahui mengenai 'layanan' serta 'gurauan kasar' pelawak, pelakon dan pengacara Nabil Ahmad kepada penyanyi Hazami ketika konsert pertama Gegar Vaganza musim ke4 (GV4).





Dek perbuatannya itu, Nabil sekali lagi menerima kecaman dan teguran dari netizen yang rata-ratanya menyifatkan tindakannya itu sangat biadap dan tidak profesional sebagai pengacara.

Malah perlakuan Nabil itu dikatakan seolah-olah seperti gangguan seksual sehinggakan Hazami bertindak memarahinya pada saat itu.

Bagaimanapun, Hazami menerusi laman Instagramnya tampil memberitahu bahawa dia sebenarnya tidak tersinggung dengan 'gurauan kasar' Nabil dan berkata Nabil juga sudah memohon maaf kepadanya.

Klik untuk gambar besar


"Salam. Saya faham ada yang kurang setuju dengan bahan jenaka ni ya. Saya faham. Tapi ini SEKADAR HIBURAN ok. Kita chill k.

"Maafkan satu sama lain. I am ok 😁. Saya doakan korang pun ok ❤. Just have fun and chill with @gegarvaganzaofficial ❤❤❤.

"(Next time saya bawak rotan jew k 🤔🙄😘😍🤗😚😙😗🤓) I♡U," tulis Hazami di IGnya baru-baru ini.

Melihat pada bahagian ruangan komen pula, pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira pengikut Hazami di laman sosial yang masih tidak berpuas hati dengan sikap Nabil.



Rata-rata pengikut pelantun lagu 'Sonata Musim Salju' itu berkata Nabil seolah tidak menghormati penyanyi senior.

Selain itu, ada juga yang berkata yang bapa kepada dua cahaya mata ini hanya bergurau sekadar menghibur.

Apapun, tak semua perkara kita boleh bawa bergurau dan melakukan aksi kurang sopan di khalayak ramai.

Harapnya Nabil dapat kurangkan sikit lawak terlampaunya itu dan lebih menghormati artis senior.


www.myartis.com / Sumber: Hazami IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: