04 November 2017

TARIKH DITUKAR - IZARA & ADIB BERNIKAH 19 NOVEMBER INI


Nampaknya pelakon Izara Aishah tidak lama lagi bakal bergelar isteri kepada anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid selepas gambar kad jemputan perkahwinan mereka mula tersebar di laman sosial.





Berdasarkan maklumat yang ditulis di kad tersebut, majlis pernikahan Izara dan Adib yang sebelum ini dikatakan bakal diadakan pada 17 November telah ditukar tarikhnya ke 19 November.

Majlis pernikahan pasngan ini akan berlangsung di Grand Ballroom Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Klik untuk gambar besar


Memetik kembali kenyataan Izara sebelum ini, pasangan ini telah melakukan persiapan sebaiknya menjelang hari bahagia.

Apapun, kami berharap agar segala perancangan untuk majlis perkahwinan Izara dan Adib berjalan dengan lancar dan diberkati.

Pastinya peminat Izara tidak sabar menantikan hari bahagia yang akan menjelang tiba.






www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: