21 November 2017

GV4: SITI NORDIANA BERI PENJELASAN DIKRITIK NYANYI ACUH TAK ACUH


Ketika berduet dengan Lan Kristal yang merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4), penyanyi dan pelakon Siti Nordiana telah dikritik menyanyi dalam keadaan acuh tak acuh oleh juri tetap GV4, Datuk Ramli MS malam kelmarin.





Penyanyi lagu 'Terus Mencintai' itu menerusi laman Instagram, tampil menjelaskan yang beliau tidak pernah melakukan perkara acuh tak acuh dalam setiap persembahannya.

Dalam GV4 minggu keempat, Siti Nordiana atau Nana berduet dengan Lan Kristal yang merupakan rakan baiknya menerusi lagu 'Naluri Cinta' nyanyian asal Rohana Jalil dan To' Ki.

Dalam entri yang dimuatnaik, ibu kepada Muhammad Rayyan Nakhaie ini menjelaskan pendiriannya dan mahu memperbaiki lagi mutu persembahan di masa akan datang.

Klik untuk gambar besar


"Persembahan semalam Naluri Cinta dengan Lan Kristal di Gegar Vaganza. Harap anda semua suka dan selamat maju jaya untuk Lan Kristal di Gegar Vaganza!.

"By the way, semalam (19 November 2017) Nana dah nyanyi all out. Nana tak pernah buat benda acuh tak acuh.

"Segala persembahan Nana walau bukan Nana yang bertanding, Nana akan pastikan Nana tolong partner Nana. Tapi, its okaylah. Nana akan perbaiki lagi," tulis Nana di IGnya.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: