15 November 2017

IQRAM DINZLY RASA KECEWA & SEDIH DIKATAKAN SUDAH TIDAK WARAS


Beberapa hari lalu, pelakon Iqram Dinzly yang sebelum dikecam kerana selfie di pusara arwah bapanya itu sekali lagi dikritik netizen apabila memuatnaik gambar beliau dan arwah bapanya yang sedang sakit dengan lolippop di dalam mulut.





Pelbagai spekulasi yang timbul antaranya Iqram kononnya kini sedang menuntut ilmu yang salah dan ada mengatakan beliau sudah tidak waras.

Sebagai seorang manusia biasa, Iqram nampaknya merasa sedih dan meluahkan rasa kecewa dengan persepsi negatif orang ramai terhadap dirinya.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, masih ada lagi yang memberikan sokongan moral buat Iqram dan berharap beliau bersabar dengan setiap dugaan.

Iqram juga kini sudah tidak seperti dahulu kerana sejak akhir-akhir ini banyak menyendiri dan tidak aktif berlakon.

Bukan semua orang faham apa yang berlaku terhadap diri kita dan lebih mudah menilai daripada luaran sahaja. Apa-apa pun, kami harap Iqram tidak putus asa dalam hidupnya dan pedulikan sahaja komen-komen negatif.








www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: