15 November 2017

TAUKE JAMBU TAK SANGKA NIKAH SEHARI SELEPAS ABAM BOCEY


"Alhamdulillah, selepas dua tahun di alam pertunangan saya dan Nadia ambil keputusan untuk mengakhiri ikatan tersebut hujung tahun ini.





"Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya harap terus doakan semuanya berjalan lancar sehingga majlis selesai nanti.

"Kepada Abam, selamat pengantin baru juga," kata pelawak dan pelakon Tauke Jambu yang memberitahu tidak sangka tarikh pernikahannya selang sehari selepas Abam Bocey.

Tauke akan menamatkan zaman duda dengan tunangnya, Nadia Mohd Affendi pada 9 Disember ini, manakala Abam pula pada 8 Disember.

Kata Tauke, majlis pernikahannya akan diadakan di Ambersador Hall, Putrajaya pada sebelah pagi sebelum bersanding di sebelah petang.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun menurut Tauke, majlis pernikahan akan dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

Dalam pada itu, Tauke memberitahu yang setakat ini sudah 90% persiapan dilakukan dan bersyukur apabila ada pihak yang sudi menaja majlis perkahwinannya.

"Rezeki orang nak kahwin...Terima kasih kepada penaja lokasi majlis resepsi dan perancang perkahwinan Afeer Kuala Lumpur kerana sudi menaja kami," ujarnya.

Tauke yang sebelum ini pernah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan enam cahaya mata itu mengikat tali pertunangan dengan Nadia pada 5 Disember 2015 di kediaman wanita itu di Terengganu.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: