08 November 2017

MARIA FARIDA MENANG SAMAN - KAREN RAYYAN DIPENJARA 2 MINGGU


"Sepanjang dua tahun saya dan keluarga menerima pelbagai fitnah daripadanya sehingga ia meninggalkan kesan mendalam pada diri saya.





"Ramai memandang serong terhadap saya gara-gara fitnah yang dilakukannya dan kemenangan ini bukti saya tidak bersalah.

"Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada saya dan berharap dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang dan tanpa sebarang gangguan selepas ini," kata pelakon Maria Farida yang memenangi saman fitnah terhadap Karen Rayyan atau nama sebenarnya Hadijah Mokhtar.

Keputusan kemenangan tersebut yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan itu telah membuktikan Maria tidak bersalah

Klik untuk gambar besar


Maria terdahulu dituduh sebagai perampas serta punca keretakan rumah tangga suaminya, Datuk Rahman Shakur bersama bekas isterinya, Karen dan diganggu menerusi SMS dan media sosial.

Mahkamah juga memerintahkan Karen untuk menjalani hukuman penjara selama dua minggu kerana tidak menghadiri perbicaraan kes tersebut.

Sementara itu, Maria juga memberitahu beliau akan membuat tuntutan ganti rugi terhadap Karen.



"Jika benar saya salah mengapa dia takut untuk datang ke mahkamah? Akibat kedegilannya itu mahkamah memerintahkan dia dipenjarakan selama dua minggu.

"Keputusan hari ini juga membuktikan siapa salah dan sebaliknya. Saya benar-benar berharap dia tidak mengulangi perbuatannya dan belajar daripada kesilapanya.

Bukan sahaja digelar sebagai perosak rumah tangga, Karen juga pernah menuduh Maria memukul anaknya iaitu Qalif Rayyan ketika dalam penjagaan Maria tanpa sebarang bukti.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: