08 November 2017

TERLALU PERCAYA KAWAN - NADZMI ADHWA TERPERANGKAP DALAM GANJA


Pada Jumaat lalu, kecoh dengan isu seorang pelakon popular menerusi drama 'Hati Perempuan' yang ditahan pihak polis atas tuduhan memiliki ganja.





Bagi menjawab segala spekulasi yang timbul, Nadzmi Adhwa tampil membuat pengakuan bahawa beliau adalah pelakon yang dicekup polis berkaitan kes tersebut.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan oleh syarikat pengurusannya, Mindorder Sdn. Bhd. Nadzmi memberitahu penahanannya itu adalah kerana terlalu mempercayai rakan baiknya.

Difahamkan, rakan baiknya sememangnya sudah lama dalam pemerhatian polis atas kesalahan memiliki ganja.

Nadzmi memberitahu dia sudah dibebaskan tidak sampai 24 jam selepas ditahan dan yakin dirinya tidak bersalah.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, pelakon berusia 25 tahun ini memohon maaf atas kesilapan dilakukannya dan tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

"Nasib tidak menyebelahi saya apabila pihak berkuasa menahan saya sewaktu berada bersamanya. Kesilapan saya adalah terlalu mempercayai teman dan terpengaruh.

"Bagaimanapun peristiwa ditahan pihak berkuasa banyak memberikan pengajaran kepada saya agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan.

"Saya yakin tidak bersalah dalam hal ini dan telah pun dibebaskan tidak sampai 24 jam selepas ditahan," kata Nadzmi.



Dalam kejadian tersebut, polis menemui bahan terlarang iaitu ganja dalam kereta seorang pelakon di sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Setiawangsa, Taman Setiawangasa, Kuala Lumpur.

Pelakon itu ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi selepas hasil pemeriksaan menemui sebuah tin berisi daun ganja yang disembunyikan di tempat duduk bahagian pemandu kereta.

Dia turut ditahan bersama seorang rakan dan adiknya dan hasil ujian air kencing yang dilakukan mendapati pelakon itu positif dadah.

Semoga apa yang jadi kepada Nadzmi turut dijadikan pengajaran bagi orang ramai agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan. Jangan sampai anda juga jadi mangsa atas perbuatan negatif orang lain.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: