07 November 2017

TAK KISAH PEMINAT JODOHKAN - FARAH NABILAH AKUI TERKEJUT 'KES LELAKI KEDAH'


Drama 'Titian Cinta' arahan Heykal Hanifah sudah pun berakhir pada 30 Oktober lepas dan telah mendapat rating sebanyak 11 juta penonton.





Ia sekaligus menjadikan drama ini sebagai drama dengan tontonan kedua tertinggi selepas '7 Hari Mencintaiku'.

Dalam pada itu, ramai peminat mengharapkan hubungan cinta pelakon utama drama tersebut iaitu pelakon baharu Farah Nabilah dengan Zul Ariffin diterjemahkan ke dunia nyata.

Bagaimanapun, Farah berkata, keserasian yang dicipta itu hanyalah untuk memenuhi kehendak watak dalam drama lakonan mereka berjudul Titian Cinta.

"Saya dan Zul tiada apa-apa hubungan istimewa, apa yang ditonton hanyalah lakonan semata-mata demi menjayakan watak.

Klik untuk gambar besar


"Kami hanya bertemu di set penggambaran dan untuk acara promosi sahaja. Selesai kerja, kami jalani kehidupan masing-masing.

"Biasalah kalau ada peminat jodoh-jodohkan artis kesukaan mereka, saya tak kisah tentang hal itu," ujarnya.

Farah juga berharap agar peminat tidak terlalu obses dengan jalan cerita drama itu yang diadaptasi dari novel berjudul sama karya Ridhya Iman.

Sementara itu, Farah diminta mengulas mengenai kejadian seorang lelaki Kedah, disyaki menembak suami kekasihnya, yang dilaporkan mendakwa terpengaruh dengan novel itu seminggu lepas.



"Saya terkejut apabila mengetahui mengenai kejadian itu dan berharap penonton tidak terlalu obses dengan apa yang mereka tonton di TV.

"Apa yang disaksikan di televisyen adalah berbeza dengan dunia realiti dan jangan mudah terpengaruh.

"Anggaplah itu hanya sekadar hiburan dan tak mahulah sampai wujud kesan negatif kepada masyarakat," katanya.

Impak drama 'Titian Cinta' yang turut dibintangi Daler Yusof, Tisha Shamsir, Dian P.Ramlee dan Marisa Yasmin itu masih dirasai oleh peminat meskipun ia telah berakhir.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: