07 November 2017

LAGI HUTANG - SHAHIR DIDAKWA TAK BAYAR SEWA KERETA MEWAH RM24K


Penyanyi Shahir Zawawi, 28, sebelum ini didakwa oleh seorang wanita bernama Raudhatul Ain yang mendakwa telah meminjam wang dan masih belum melunaskan hutang itu biarpun ia dibuat bertahun yang lalu.





Terbaru, seorang lelaki pula mendakwa bekas juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) ini berhutang sewa kereta mewah berjumlah RM 24,000 dan masih belum membayarnya walaupun telah berjanji berkali-kali.

Lelaki itu dikenali Azim Azizan itu memberitahu sudah memberi masa untuk Shahir melunaskan sewa, tetapi Shahir sudah beberapa kali memungkiri janji hinggakan Azim dan seorang lagi kawannya menanggung kerugian.

Klik untuk gambar besar


Bagi membuktikan dakwaanya, Azim telah memuatnaik salinan perbualan WhatsApp dia dan Shahir sejak 24 Oktober lalu ke laman Facebook.

Menerusi Facebook tersebut, Azim menulis:

"Kereta apa tu biarlah rahsia. Tapi kereta mewahlah, dia dah sewa lima bulan tapi baru bayar sebulan jadi ada lagi RM 24,000 dia hutang Azim .



"Haah nak kahwin dengan Erra tuh, haraplah Erra baca posting ini. Mana tahu hati dia terbuka nak tolong bayarkan hutang Shahir.

Buat masa ini, Shahir masih belum memberi respon kepada pendedahan demi pendedahan mengenai hutang yang dibuat oleh individu ini.

Apapun, sama-sama kita nantikan apakah penjelasan Shahir mengenai hutang-hutangnya yang didakawa mereka ini terhadapnya.








www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: