07 November 2017

12 GAMBAR - RODY KRISTAL KINI BERGELAR TUNANGAN NIENA AZMAN


Pemuzik dari kumpulan kristal iaitu Rody telah melamar Penjaga Gawang Futsal Kebangsaaan, Nur Izwani Azman atau Niena melalui laman Instagramnya dan pada 4 November lalu, mereka telah selamat melangsungkan pertunangan.





Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin, 31, yang melangsungkan pertunangan di kediaman keluarga Niena di Kulai, Johor itu menerusi laman Instagram telah menulis:

"Terima kasih semua yang sudi menjadi wakil meminang semalam. Paksu, Maksu, Mak Ngah, Mak Uda, Tok Pora, Kak Nini, Abang Arzad, Bob Erna, Kak Tini, adik-beradik.

"Terima kasih Mak ngan Ayah sebab merestui dan mendoakan hubungan saya sampai ke majlis meminang. Insyaallah selepas ni majlis akad nikah pula.

Klik untuk gambar besar


"Terima kasih juga abah dan mama serta seluruh keluarga Niena Azman yang menerima dan percaya saya untuk menjaga, menyayangi anaknya dan menjadi ahli keluarga mereka.

Difahamkan, percintaan Rody dan Niena seperti pasangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi yang usia percintaan mereka masih baru iaitu enam bulan waktu Rodi melamar September lepas.

Bagus tu, tak payah bercinta lama-lama sangat, ya tak? Apapun, semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan baik sehingga hari perkahwinan mereka nanti.

Tahniah diucapkan kepada Rodi dan Niena atas pertunangan ini.






















www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: