06 November 2017

"BAIK DIAM DARI ASYIK MENIPU" - ALIFF AZIZ MINTA AFIFAH BERCAKAP BENAR


Pelakon Afifah Nasir menerusi kenyataan media sebelum ini memberitahu beliau dan isteri kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah sudah berbaik dan melupakan segala kontroversi yang berlaku sebelum ini.





Dek kerana itu, ramai juga netizen yang merasakan akhirnya ketegangan situasi di antara mereka bertiga ini sudah pun reda dan selesai.

Namun sebenarnya tidak apabila Aliff menerusi laman Instagram baru-baru ini, telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap Afifah yang tidak telus dan sekaligus menafikan Afifah sudah berbaik dengan isterinya.

Malah, Aliff juga bengang apabila Afifah masih lagi ingin membuat kenyataan mengaitkan dirinya dan isterinya itu.

Dalam kenyataan baru tersebut, Aliff yang tampil merungkai keadaan sebenar itu sangat berharap agar Afifah dapat berkata benar dan tidak terus menyebarkan kenyataan yang tidak benar kepada orang ramai.

Klik untuk gambar besar


"Jika benar Bella cakap hubungan di antara mereka semakin baik ketika dihubungi melalui Whatsapp, kenapa awak tak tunjuk Whatsapp tersebut kepada media?," antara persoalan yang diutarakan Aliff di IGnya.

Sementara itu, memetik kenyataannya yang lain, Aliff sangat berharap Afifah dapat berkata benar dan tidak terus menyebarkan kenyataan yang tidak benar kepada orang ramai.

Tambah Aliff lagi, dia sudah berdiam cukup lama melihatkan penipuan yang dilakukan oleh adik kepada pelakon Anzalna Nasir ini.

Agak sukar dan sudah tidak tahu apa lagi hendak dikatakan mengenai kes mereka bertiga ini. Kontroversi kadang-kadang tidak boleh reda begitu sahaja. Mungkin waktu sahaja yang boleh memulihkan keadaan.








www.myartis.com / Sumber: Aliff Aziz IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: