06 November 2017

ISU HALLOWEEN - RITA RUDAINI TAMPIL JELASKAN SEBAB MENYAMBUT


"Ramai sahaja orang Islam yang memakaikan anak dengan baju cheongsam dan sari untuk sambutan perayaan Tahun Baru Cina serta Deepavali di sekolah.





"Majlis berinai? Itu budaya kitakah? Sambutan Hari Ibu pula bagaimana? Netizen yang suka mengecam dengan kata-kata yang tidak baik ini saya anggap mereka sebagai tidak normal.

"Jiran-jiran di kawasan perumahan saya setiap tahun buat sambutan Halloween. Tahun lepas, anak-anak saya bersama kawan-kawannya sekadar pergi mendapatkan gula-gula di rumah-rumah yang menyambutnya.

"Namun, pada tahun ini disebabkan saya tiada penggambaran dan mempunyai kelapangan, saya membuat sedikit dekorasi dan menyediakan gula-gula untuk sekadar bergembira bersama anak-anak dan jiran tetangga.

"Tiada niat apa-apapun," demikian kata pelakon Rita Rudaini yang tampil menjelaskan sebab mengapa mereka menyambut perayaan Halloween.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, Rita turut mempersoalkan beberapa perkara lain yang turut menjadi sambutan rakyat Malaysia sedangkan ia bukanlah budaya Melayu juga.

Meskipun perayaan Halloween sudah berlalu, Rita masih lagi menerima kecaman kerana membenarkan anak-anaknya menyambut perayaan tersebut termasuk menghiasi rumahnya dengan ukiran labu dan perhiasan seram.

Ada yang berkata, mengapa Rita tidak memakai salib terus alang-alang sudah menyambut sesuatu yang diharamkan dalam Islam.

Apapun, sebagai ibu, Rita selalu memberikan yang terbaik buat anak-anaknya termasuk pendidikan agama.










www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: