06 November 2017

"FIKIR LOGIK... KALAU YA, SETAHUN MESTI TUKAR TEMAN WANITA" - KAMAL ADLI


Pelakon Kamal Adli yang sebelum ini pernah gagal dalam percintaan bersama Intan Ladyana selepas lapan tahun bercinta dan terkini dengan Emma Maembong pula.





Dek kerana itu, ada sesetengah netizen yang beranggapan bahawa Kamal tidak serius dalam percintaan.

Enggan dirinya terus diperkatakan, Kamal telah tampil menjawab yang anggapan netizen itu salah kerana dia serius dalam percintaan dan bersedia memberi komitmen perkahwinan.

"Fikir logik, sudah 14 tahun berdepan dengan cinta tak kesampaian, anda semua rasa adakah saya sengaja dan tak serius? Kalau ya, mestilah selang setahun saya bertukar ganti teman wanita bukan?

"Saya dah sedia untuk memberi komitmen perkahwinan dan begitu juga keluarga yang telah memberikan lampu hijau tanda merestui hubungan ini, tetapi ada halangan lain.

Klik untuk gambar besar


"Orang luar tak akan tahu dan tak akan faham, malah tak tahu apa yang saya rasa. Siapa yang tak mahu kahwin dan berkeluarga? Kepada Emma, ada jodoh kita kahwin. Itu yang saya mampu katakan," kata Kamal.

Mengulas lanjut mengenai status hubungannya bersama Emma, Kamal hanya memberitahu mereka kini sedang memberikan ruang untuk masing-masing 'bernafas' sedikit lebih-lebih lagi dihimpit dengan kontroversi.

Apa-apa pun, sebelum ini Kamal ada memberitahu beliau tidak akan pernah berputus asa untuk memenangi semula hati Emma. Kalau dah jodoh, tak ke mana kan?








www.myartis.com / Sumber: Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: