05 November 2017

"NYAWA PERGI, HUTANG TETAP DILUNASKAN" - WANITA BERANG PADA SHAHIR


Semua mengetahui mengenai kontroversi curang dengan kekasih yang melanda penyanyi dan pelakon Shahir Zawawi sebelum pentas akhir AF Megastar berlangsung.





Isu tersebut baru sahaja reda, namun nama Shahir sekali lagi menjadi sebutan apabila dikatakan telah meminjam sejumlah wang daripada seorang wanita yang dikenali Raudhatul Ain.

Menerusi Facebook, Ain seolah sangat berang dengan Shahir kerana masih tidak membayar hutangnya walaupun sudah diminta berulang kali.

"Untuk kesekian kalinya, lebih dari 50 kali melanggar janji. Semoga Allah mudahkan urusan kau dan keluarga engkau!

Klik untuk gambar besar


"Mudahkan urusan orang supaya lebih mudah kehidupan kelak. Terima kasih Ahmad Shahir Bin Zawawi atas kebangsatan kau buat. Janji sampah kau boleh pergi kutip buang lautan hindi.

"Kerana keyakinan diri aku sangat tinggi dengan Allah. Semoga Allah gandakan rezeki kau berganda dan tak menyusahkan orang lain kelak.

"Perjanjian kita walau antara satu nyawa yang pergi dahulu, hutang tetap dilunaskan oleh wakil keluarga. Selamat terbang tinggi dan tidak menyusahkan orang lain lepas ni," tulisnya di Facebook.



Difahamkan, Shahir berjanji untuk memulangkan wang wanita terbabit selepas tamat program AF Megastar. Namun penyanyi itu seolah tidak membayarnya hingga sekarang.

Wanita itu juga sempat memberi sindiran kepada sesiapa yang mahu melunaskan hutang Shahir supaya memberi cek yang sah.

Kami tidak pasti pula berapa jumlah pinjamannya, pastinya banyak kerana kenyataan wanita terbabit seolah Shahir pernah memberi cek tendang kepadanya.

Sejauh mana kebenarannya, kami tidak pasti. Harap Shahir tampil memberikan penjelasan.








www.myartis.com / Sumber: Facebook Raidhatul Ain


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: