05 November 2017

SOAL NIKAH - ZUL ARIFFIN SURUH TANYA BAPA ZAHIRAH


Kami tidak tahu bagaimana mahu merumuskan status hubungan pasangan ini tapi jika dilihatkan kepada keadaan situasi sekarang, nampaknya kini hubungan di antaran Zul Ariffin dan juga Zahirah Macwlson adalah complicated.





Melihat pada muatnaik beberapa quotes di Insta Story Zahirah baru-baru ini, bagai memberi gambaran bahawa dia sedang melalui detik sukar dalam hubungan selain turut terluka dengan kenyataan yang dikeluarkan untuk kekasihnya itu (buat masa ini).

Konflik yang melanda antara Zahirah, Kamal Adli dan Emma Maembong yang ketika ini masih lagi hangat diperkatakan.

Umum mengetahui Zul dan Zahirah bercinta walaupun kadang-kadang tuan badan sendiri tidak mahu perkara tersebut menjadi fokus dalam kerjaya mereka.

Klik untuk gambar besar


Namun perselisihan faham di antara Zahirah dengan Kamal baru-baru ini menimbulkan kekeliruan buat Zul. Tidak tahu mana silapnya, Zul seolah masih tidak tahu apa-apa mengenai situasi Zahirah dan Kamal Adli.

Tidak pernah menyatakan niat untuk berkahwin sebelum ini, pernah beberapa kali pasangan ini didakwa bakal berkahwin.

Tapi kali ini, Zul meminta soalan itu dijawab oleh bapa Zahirah yang juga pelakon, Zainol Macwilson.



"Nikah? Tanya bapa dia (Zahirah)" jawab pelakon utama 'Tombiruo: Penunggu Rimba' dengan ringkas ketika diminta mengulas khabar angin tersebut.

Zul turut menjelaskan gambar patung anak jerung (baby shark) di laman Instagramnya bukanlah patung yang sama dalam gambar Zahirah ketika dia berada di lapangan terbang baru-baru ini.

"Patung itu peminat yang beri kepada saya kerana ia ada kaitan dengan drama saya Titian Cinta. Manakala yang Zahirah pegang di lapangan terbang itu peminat dia yang beri pada ketika itu.



"Ia bukanlah patung yang sama dan ia tiada kena mengena atau menggambarkan hubungan kami sekarang," ujarnya.

Terdahulu, nama Zahirah menjadi panas selepas terkait dengan kontroversi hubungan cinta Kamal dan Emma.

Selain itu, ditanya tentang status hubungannya dengan aktres itu, Zul berkata, dia menunggu kekasihnya itu pulang dari penggambaran di Bosnia bagi menjelaskan perkara tersebut.

"Saya tidak tahu apa yang perlu diselesaikan dan kena tunggu dia balik dahulu," tuturnya ketika ditemui pada majlis Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) yang berlangsung pada Jumaat lalu.










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: