05 November 2017

DILABEL 'GEMUK': "KATA LA APA PUN" - UQASHA SENROSE


Malam Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) yang berlangsung malam Jumaat lalu telah melabuhkan tirainya dengan menobatkan drama 'Pesan Dari Tuhan' dan filem 'Hanyut' sebagai karya terbaik.





Namun, apa yang menjadi bualan dan menarik perhatian ramai adalah penampilan pelakon Uqasha Senrose di malam anugerah tersebut.

Ini kerana, Uqasha yang menggayakan busana menampakkan sebahagian lengan dan juga tubuh badan itu sekali lagi menjadi mangsa kecaman.

Pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen tidak kira negatif atau positif menerusi ruangan komen gambar terbaru yang dimuatnaik oleh Uqasha di akaun Instagram (IG)nya baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar


Rata-ratanya meluahkan rasa terkejut melihat penambahan berat badan Uqasha yang membuatkan dirinya nampak sedikit berisi.

Mereka juga berpendapat gaun satin yang digayakan oleh Uqasha itu tidak sesuai dengan bentuk tubuh badannya.

Uqasha hadir ke majlis berprestij Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur sambil ditemani kekasihnya, Hefny Sahad.



Selain ada yang menyifatkan pakaian yang digayakannya itu cukup seksi, ada juga yang mempertikaian bentuk badan Uqasha yang dilihat berisi.

Ternyata perkara tersebut mendapat perhatian Uqasha sekaligus membuatkan dia memuatnaik gambar lain di Instagram.

Pelakon wanita berkenaan turut menutup ruangan komen kerana baginya, dia tidak kisah tentang apa yang diperkatakan haters kerana kebahagiaan diri sendiri jauh lebih penting.



Sementara itu, dalam perkembangan lain, Uqasha sempat berkongsikan bagaimana bermulanya percintannya bersama kekasih hati iaitu Hefny Sahad.

"Pada mulanya saya suka dia, tapi dia 'jual mahal' dan sebelum ini pun kami telah saling mengenali sejak 3 tahun lepas dan bermula pada hujung tahun 2016 barulah serius dan ikutkan setahun bulan 11 ni.

"Jadi saya rasa tak ada benda nak hide lagi. Saya sebelum ini kawan dengan sesiapa pun, tak pernah mengaku. Tapi dengan dia yes, saya mengaku kekasih hati dan teman istimewa saya," katanya.

Apapun, kami harap Uqasha bersabar hadapi semua ini. Bak kata Uqasha, 'Kata la nak kata apa pun GEMUK ke BURUK ke as long as I'm HAPPY ! GEMUK IS AWESOME BEBEH 💋".








www.myartis.com / Sumber: Uqasha Senrose IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: