04 November 2017

ISTERI SELAMAT BERSALIN - ALI PUTEH TIMANG ANAK SULUNG PEREMPUAN


Tahniah kami ucapkan kepada pelawak Ali Puteh yang telah selamat menimang cahaya mata sulung iaitu seorang bayi perempuan kira-kira pukul 6.15 pagi hari ini (4 November 2017).





"Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar daripada mula sehingga anak kami dilahirkan. Anak dan isteri juga sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami," ujarnya.

Adik kepada Abam Bocey ini ketika dihubungi memberitahu bahawa isterinya, Melati Fitri Abdullah, 27, telah dimasukkan ke wad selepas air ketubannya pecah.

Ali tau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 28, turut berkongsi berita gembira ini bersama pengikut di laman sosial Instagramnya, pukul 7 pagi tadi.

Klik untuk gambar besar


Namun begitu, Ali masih belum mendedahkan wajah serta nama anak sulungnya itu.

Dalam pada itu, Abam Bocey juga tidak ketinggalan memuatnaik gambar anak saudaranya itu di Instagram dan mengucapkan syukur di atas kelahiran si kecil tersebut.

Ali dan Melati yang bercinta sejak menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia, bergelar suami isteri pada 28 Mei 2016.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: