04 November 2017

SETAHUN LEBIH JALIN CINTA - UQASHA & HEFNY BAKAL BERTUNANG


"Sebelum ini, saya tidak pernah mengaku secara terbuka mengenai hubungan saya dengan mana-mana lelaki, walaupun kami memang bercinta.





"Namun, kali ini saya berani membuat pengakuan saya dan Hefny memang pasangan kekasih. Kami serius dalam hubungan ini," kata pelakon Uqasha Senrose, 25, yang menamatkan teka-teki kisah cintanya.

Dalam masa sama, Uqasha turut berkongsi berita gembira dimana beliau bakal bertunang dengan pelakon dan pengacara Hefny Sahad, 30, selepas lebih setahun menjalin hubungan cinta.

Bagaimanapun, kata aktres jelita itu, beliau belum dapat berkongsi tarikh majlis bahagianya bersama umum.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, berat badannya yang bertambah 13 kilogram menjadi bukti kebahagiaannya saat ini.

Klik untuk gambar besar


Bersama pengakuan itu, Uqasha turut menafikan dakwaan kononnya beliau kembali menyulam cinta dengan bekas kekasihnya, Pekin Ibrahim, seperti yang tersebar di laman sosial.

Pelakon yang menyerlah menerusi drama rantaian 'Hero Seorang Cinderella' itu berkata, cerita berkenaan tidak berasas sama sekali, meskipun mengakui kini sedang berlakon dengan pelakon terbabit.

Sementara itu, Hefny pula berkata, mereka memang dalam perancangan untuk membawa perhubungan itu ke fasa lebih serius.

"Insya-Allah, doakan yang terbaik buat kami," tutur Hefny sambil menguntumkan senyuman penuh makna.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: