29 November 2017

NEELOFA MUATNAIK VIDEO KLCC - NETIZEN DAKWA IA DITUJU BUAT FATTAH


Sebelum berlangsungnya majlis pernikahan pasangan popular Fattah Amin dan Nur Fazura, pelakon dan usahawan, Noor Neelofa telah memuatnaik satu video ke laman Instagramnya.





Ia merupakan video bangunan KLCC dengan kapsyen "Just looking at you makes me happy".

Kalau anda masih ingat, fenomena Lofattah sebelum ini lebih hangat diperkatakan sebelum wujudnya hashtag Fattzura.

Melihat pada bahagian komen, rata-rata netizen mengaitkan KLCC sebagai simbolik kepada diri Fattah dan kapsyen pula didakwa ditujukan buat pelakon lelaki popular tersebut.

Klik untuk gambar besar


Kalau ada yang tahu, ada satu petikan daripada buku '99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin' yang berbunyi:

"Aku dulu selalu berangan nak gi KLCC nak bawak kereta aku sendiri dan parking Valet. Ternyata kini telah termakbul hahh…. kelakar kan"

Tidak kurang juga peminat yang hairan dengan komen yang ditinggalkan seakan-akan memberi gambaran yang Neelofa 'terhegeh-hegeh' dengan Fattah dan belum move on selepas apa yang terjadi.



Keserasian dan kemesraan antara Neelofa dan Fattah memang nampak semulajadi sehingga digosipkan sedang hangat bercinta.

Kami faham hasrat peminat Lofattah untuk melihat dua artis pujaan mereka ini kembali bercinta bersama sudah musnah apabila Fattah kini sah menjadi suami Fazura.

Namun, ia tidak bermakna Neelofa belum 'move on' daripada kisah mereka dahulu. Sebagai peminat, kita doakan yang terbaik sahaja buat Neelofa dan janganlah lagi mengungkit kisah lalu.












www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: