30 November 2017

DIET MELAMPAU BUKAN PUNCA SITI SARAH SESAK NAFAS, MASUK HOSPITAL


Suami Siti Sarah Raisuddin iaitu pelawak Shuib menafikan isterinya dimasukkan ke hospital akibat amalan diet melampau seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.

"Bukan kerana diet. Siti Sarah pernah juga kena gastrik dan sesak nafas, tetapi hari ini paling teruk setakat ini. Sebab itu saya takut sangat," ujar Shuib dipetik sebagai berkata.





Menurut Shuib, keadaan kesihatan Siti Sarah sangat lemah menyebabkan dia sangat cemas.

"Nasib baik rumah dekat, kalau tidak doktor cakap perkara lebih buruk akan berlaku. Ini adalah situasi paling teruk saya hadapi sepanjang tujuh tahun kami berkahwin.



"Saya takut sangat sebenarnya. Pukul 6 pagi tadi (semalam) tekanan darah­nya turun mendadak tetapi tidak lama kemudian kembali normal, Alhamdulillah," tambahnya kepada media ketika dihubungi.

Untuk info, sekitar pukul 1 pagi semalam, Siti Sarah, 34, mengadu perutnya sakit akibat gastrik kerana penyanyi itu tidak menjamah sebarang makanan sejak petang semalam.

Bagaimanapun, pada pukul 5 petang, penyanyi yang juga ibu kepada tiga cahaya mata itu dibenarkan pulang ke rumah selepas doktor yang merawatnya memberitahu keadaannya sudah stabil.


Sumber: UM - Photo: Shuib Insta
         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: