30 November 2017

'PERCINTAAN' HANYA GIMIK: "TAK SANGKA 'DRAMA' KAMI MENJADI" - NABILA RAZALI


Semua mengetahui mengenai khabar angin dimana penyanyi Nabila Razali dan pelakon Aedy Ashraf digosip bercinta dek kerana keduanya dilihat begitu mesra di sebuah restoran dan kemesraan itu dimuatnaik pula melalui gambar ke akaun Instagram Nabila.





Apabila ditanya pemberita, Nabila memberitahu yang beliau sedang mengenali hati budi pelakon drama 'Dendam Aurora' dan mereka belum lagi sampai tahap bercinta.

Beberapa hari selepas itu, Nabila telah memuatbaik video ke Instastory menunjukkan dia sedang menangis, seolah-olah kecewa dengan seseorang.

"Lelaki ni tak pernah rasa cukupkan?. Tak kisah lah kita berkoban macam mana pun untuk mereka. Tetap cari yang lain.

"Jadi Bila (Nabila Razali) harap korang dah tak tanya apa-apa pasal tu. Kamu semua pun mesti pernah kena macam ni kan?" kata Nabila dalam video tersebut

Klik untuk gambar besar


Video tersebut dimuatnaik selepas Aedy berkongsi gambar dirinya sedang berpeluk dengan seorang wanita di Instastory.

Ini menyebabkan netizen menganggap Nabila kecewa dengan sikap Aedy yang telah curang kepadanya dan dia dikecam kerana dianggap terburu-buru menyimpan perasaan dan terhegeh-hegeh terhadap Aedy.

Bagaimanapun, 'percintaan' diantara mereka sebenarnya hanyalah lakonan dan merupakan satu gimik untuk memasarkan lagu terbaru Nabilah, ciptaan Hael Husaini, bertajuk 'Pematah Hati'.

Nabila memberitahu begitu kepada BH Online ketika pelancaran klip video lagu tersebut beberapa jam lepas.



"Masing masing ada cara dan gimik tersendiri dalam mempromosikan sesuatu. Tak sangka ‘drama’ saya dan Aedy menjadi.

"Pada mulanya, saya tak merancang memuat naik gambar kami berdua. Tapi disebabkan foto itu cantik, saya buat keputusan untuk berkongsinya.

"Apabila hype itu menjadi, saya dan Aedy mengikut rentak. Saya tak anggap ia gimik murahan sebaliknya membuka banyak peluang lain termasuk dalam dunia lakonan," tutur Nabila.

Apa yang menarik, gambar Nabila menangis turut menjadi 'bahan' di Twitter, namun kini, Nabilahlah yang ketawa di pengakhirannya, kerana anda semua kena game. Apapun, ia strategi pemasaran yang berkesan, bukan?








Inilah klip video rasmi lagu 'Pematah Hati' yang turut memaparkan rakaman Aedy Ashraf menyambut ulangtahun kelahiran Nabila Razali yang viral sebelum ini.
 


ATAU KLIK LINK INI UNTUK TONTON


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: