30 November 2017

DITEGUR BERTUDUNG, TAUBAT - ELYANA TERIMA NASIHAT, NAFI RAIH SIMPATI


Selepas penyanyi Elyana mendedahkan tentang penyakit kanser limfoma yang dihadapinya sejak tujuh tahun lalu, ramai yang bersedih selain terkejut dengan pengumuman tersebut.





Dalam pada itu, ada juga yang tidak berapa nak sensitif mengenai derita orang apabila mempersoalkan dan mempertikaikan penyanyi yang popular dengan 'kalis rindu' dan 'Tak Tercapai Akalmu' itu tidak berhijab.

Apa yang lebih tidak masuk di akal, ada juga sesetengahnya lantang bersuara mengenai ibadah Elyana yang entah ke mana tetapi menyibukkan diri dengan dunia hiburan yang melalaikan.

"Masih terkinja-kinja bukan nak bertaubat. Tengok dia relaks je free hair bagai, macam tak takut je nak mati..," antara-antara petikan komen yang diterima Elyana.

Klik untuk gambar besar


Namun begitu, seperti biasa Elyana tidak ambil pusing mengenainya tetapi menerimanya dengan berlapang dada dan mengambilnya sebagai doa.

"Teguran itu saya terima dengan berlapang dada dan nasihat yang dikirimkan kepada saya sangat betul. Saya setuju dengan komen tersebut dan terima seadanya kerana mereka sebenarnya mendoakan yang terbaik buat saya.

"Insya-Allah, akan sampailah doa anda itu. Pada pandangan saya, ajal maut semua Allah tentukan. Tidak semestinya saya sakit kanser tahap empat saya yang akan pergi dahulu, sebab semua antara kita akan mati.



"Saya menghargai setiap komen dan doa," ujarnya yang terharu dengan sokongan dan doa yang diterima dari orang ramai selepas berita itu.

Sementara itu, ada juga turut mengatakan Elyana sengaja mahu meraih simpati lebih-lebih lagi apabila mengumumkan perkara itu ketika beliau tersingkir di minggu kelima Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4).

Bagaimanpun, Elyana tampil menafikan dan berkata jika beliau mahu meraih simpati perkara itu pasti dilakukan sebaik saja disahkan doktor dirinya mengidap kanser selepas kelahiran anaknya, Cinta Sumayyah.



"Kalau saya ingin menagih simpati, dari awal dulu saya melakukannya. Ketika itu saya susah, tidak ada duit untuk membeli ubat dan susu anak.

"Tapi saya tidak pernah berkongsi semua masalah itu dengan sesiapa termasuk ibu bapa dan adik-beradik. Sudah menjadi prinsip hidup saya tidak suka menyusahkan orang.

"Saya mahu orang melihat saya sebagaimana diri saya yang sihat, degil, ceria, tiada masalah dan suka berjenaka," katanya.

Rasanya tidak perlu mempersoalkan ibadah orang lain dikala beliau sedang menghadapi dugaan yang begitu hebat. Siapa tahu disebalik Elyana tidak bertudung, dirinya membuat kebaikan lebih daripada orang lain.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: