30 November 2017

NIKAH 8 DISEMBER - ABAM BOCEY HARAP PENANTIAN RAMAI TERJAWAB


"Memang soalan cepu emas itulah yang sering kali ditanyakan kepada saya. Kadang-kadang pernah terdetik juga rasa letih apabila asyik ditanya soalan sama.





"Maklumlah, ahli kumpulan Bocey yang lain Fad dan Achey masing-masing sudah berkahwin. Jadi saya pun tidak terlepas dengan soalan perihal peribadi.

"Bagaimanapun, saya selalu cakap kalau ada jodoh, insya-Allah saya pun akan menyusul," kata pelawak dan pelakon Abam Bocey apabila dirinya sering ditanya mengenai kisah peribadinya oleh segelintir pihak.

Menurut Abam, dia berharap dengan pengumuman bakal melangsungkan pernikahan pada 8 Disember depan dapat menjawab segala penantian orang ramai yang menantikan berita gembira itu.

Klik untuk gambar besar


Untuk makluman, bakal isteri Abam itu berasal dari Sabak Bernam, Selangor, berusia 26 tahun dikenali dengan nama Hidayah.

Menurutnya, selama ini dia bukan tidak selesa bercakap mengenai soal jodoh cuma dia mempunyai tanggungjawab dan impian yang perlu dilunaskan.

Katanya, dia mahu menjadikan ibunya sebagai wanita pertama ingin dibahagiakan.



"Memang selama ini pun saya bekerja untuk mencari nafkah. Bukan untuk siapa-siapa, tetapi untuk ibu saya sendiri.

"Sebab itu saya selalu beritahu, biarlah saya bahagiakan ibu dulu. Saya mahu hasil titik peluh saya selama ini dirasai oleh keluarga sendirI, barulah fikir untuk berumah tangga," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Abam baru pulang dari London bagi menjalani penggambaran drama 'Tuyul Ke London' yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: