01 December 2017

UDE AKUI NIKAH IZREEN AZMINDA - ISTERI PERTAMA REDA BERMADU


"Saya berkahwin dengan Intan empat tahun lalu manakala dengan Izreen pula pada 8 Ogos yang lalu," demikian pengakuan Mohd Radzi Abdul Wahid atau Ude, pemuzik yang dikaitkan dengan pelakon Izreen Azminda.





Pengakuan tersebut dibuat semalam selepas isteri pertamanya, Intan Liana Saleh mendedahkannya.

Difahamkan, Ude mempunyai dua anak bersama Intan iaitu Arish Muqri berumur 3 tahun dan seorang lagi berusia 11 bulan.

Dalam pada itu, Ude ketika membuat pengakuan itu enggan berkongsi butiran lanjut pernikahannya dengan Izreen yang juga mempunyai seorang anak lelaki, Adrian Umar, 3, hasil perkahwinan terdahulu.

Bagaimanapun, Ude juga menafikan rumahtangganya dengan Intan berdepan masalah selepas menikahi Izreen yang difahamkan tidak diketahui oleh isteri pertamanya sehingga dua minggu lalu.

Klik untuk gambar besar


"Saya akan buat majlis doa selamat minggu hadapan dan akan menjelaskannya nanti. Sebaik saja Intan tampil memberi kenyataan siang tadi, pelbagai spekulasi timbul.

Selain itu, Ude turut meminta agar keluarganya tidak diganggu untuk sebarang komen mengenai pernikahannya dengan Izreen.

"Saya mohon supaya hentikan sebarang kenyataan dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isteri saya. Harap pihak luar tidak campur tangan.

"Intan dan Izreen adalah isteri saya. Sebagai suami, beri saya peluang untuk menguruskan sendiri isteri dan keluarga saya," ujarnya.



Spekulasi mengenai dakwaan Izreen berkahwin dengan suami orang akhirnya terjawab apabila pemuzik tersebut mengaku sudah bernikah dengan pelakon itu dua bulan lalu.

Gosip mengenai perkahwinan mereka mula diperkatakan apabila Izreen meletakkan namanya sebagai 'Mrs Ude' dalam akaun Instagramnya baru-baru ini.

Sementara itu, isteri pertama Ude reda dan menerima hakikat dirinya itu kini bermadu selepas suami bernikah lagi dengan Izreen.

"Saya reda. Saya terima hakikat diri ini bermadu. Saya dapat tahu suami kahwin lain pada 10 November lalu. Memang ketika itu, saya tak boleh terima berita berkenaan. Saya memang tak boleh berfikir panjang saat itu.



"Namun, selepas berbincang dengan suami termasuk mempertimbangkan soal anak dan keluarga, saya akur dan terima semuanya dengan lapang dada," tuturnya.

Ketika ini, Intan yang bergelar isteri kepada pemuzik berkenaan sejak 1 Mac 2013 itu berkata, beliau tidak boleh hendak berkata apa-apa lagi.

"Saya tak boleh nak cakap apa lagi dah. Takut cakap lebih akan jadi salah pula. Ini nasib hidup saya yang tidak saya bayangkan terjadi," jelasnya.

Tambah beliau lagi, dengan apa yang terjadi, kasih sayang dan cintanya terhadap suami tidak pernah terhakis.

"Sehingga ke hari ini, sayang dan cinta saya pada suami tidak pudar sekalipun diperlakukan sebegini," katanya.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: