Tahniah kami ucapkan kepada pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan, 63, yang akan melangsungkan perkahwinan dengan Rapidah Abd Ghani, 44, seorang ibu tunggal pada esok hari (12 November 2017) di Masjid Bandar Tun Hussein Onn.

Apa yang menarik, Datuk Jalaluddin akan melakukan kelainan dalam perkahwiannnya dengan menghadiahkan kerusi urut sebagai barang hantaran kepada bakal isterinya.
Datuk Jalaluddin berkata, hadiah berkenaan bertujuan untuk kegunaan isterinya berehat dan melegakan keletihan sewaktu berada di rumah.
"Pihak saya akan memberikan lima dulang hantaran termasuk kerusi urut berkenaan, manakala pihak perempuan akan membalas dengan tujuh dulang hantaran.
Klik untuk gambar besar

"Dia memang memerlukan kerusi urut itu kerana banyak membuat kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerusi urut, senang untuk dia beristirehat," jelasnya yang turut memberitahu kerusi urut tersebut berharga RM20,000.
Dalam pada itu, kata pelakon drama 'Isteri-Isteri Ayah' ini, majlis istimewa itu diadakan secara sederhana memandangkan ia adalah perkahwinan keduanya.
"Kali ini saya tidak akan bersanding, buat yang wajib sahaja iaitu akad nikah di masjid. Saya memang berniat untuk membuat majlis ala kadar sahaja sebab saya ni bercerai mati, bukannya bercerai hidup," ujarnya.
Datuk Jalaluddin Hassan bersama arwah isterinya, Datin Hasimah Mat Ehsan

Sementara itu, Datuk Jalaluddin turut merancang untuk menziarahi pusara arwah isterinya pada pagi sebelum majlis akad nikah.
Mengulas mengenai persiapan menjelang majlis berkenaan, beliau berkata, semuanya berjalan lancar dan diuruskan sepenuhnya oleh anak dan menantu.
"Sebab majlisnya ringkas sahaja, saya bagi anak dan menantu yang uruskan termasuklah membuat hantaran dan sebagainya," kata Datuk Jalaluddin.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________

No comments:
Post a Comment