12 November 2017

NAFI BERCINTA DENGAN GAYATRI - ZUL ARIFFIN SEDIA 'NOKTAH' JIKA TAK RESTU


Khabar angin yang mengatakan pelakon Zul Ariffin, 31, kembali bercinta dengan penerbit filem yang juga bekas kekasihnya, Gayatri Su-lin Pillai itu tidak benar sama sekali apabila Zul tampil menafikan.





Sebelum ini, ada seorang peminat mendedahkan ternampak Zul dan Gayatri keluar bersama-sama dari sebuah hotel. Disebabkan khabar itu, ada yang menyangkakan bahawa Zul dan Gayatri tidur sebilik dalam hotel terbabit.

Mengakui perkara tersebut turut mencalarkan maruahnya, Zul tampil menjelaskan bahawa hubungan dia dan Gayatri sememangnya sudah baik sejak dari dulu lagi.

Kata Zul, perjumpaannya bersama Gayatri itu hanyalah di atas urusan filem 'Hantu Kak Limah 2017' dan hubungan mereka ialah sebagai pelakon dan penerbit filem yang sedang dilakonkannya.

"Gayatri sebagai penerbit eksekutif filem berkenaan, jadi hubungan kami adalah atas dasar kerja. Kami pun memang baik sejak dulu lagi. Saya dan Gayatri juga bersikap profesional ketika bekerja.

Klik untuk gambar besar


"Saya kecewa dengan dakwaan kononnya ada pihak melihat kami berdua di hotel, seolah-olah menuduh kami tidur sebilik. Sedangkan pelakon, pengarah, kru produksi dan pihak media massa ditempatkan di hotel sama.

"Apabila gosip ini tersebar, ia sedikit sebanyak mencalarkan maruah saya. Mana mahu letak muka, kebetulan saya pula menjalani penggambaran di kampung halaman sendiri," jelasnya.

Sementara itu, bapa kekasihnya, Zainol Macwilson baru-baru ini telah memuatnaik kenyataan sinis berkenaan hubungan anaknya, Zahirah Macwilson dengan pelakon 'Tombiruo : Penunggu Rimba' itu di laman Instagram.

Sehubungan itu, ada peminat yang membuat telahan hubungan antara Zul dan Zahirah tidak begitu baik.

Rentetan peristiwa itu, Zul meminta agar Zainol berterus-terang jika tidak merestui hubungannya dengan anaknya itu. Malah kata Zul, dia sanggup berpisah dengan Zahirah andai bapanya aktres itu tidak menyukainya.



"Saya tidak tahu apakah bapa Zahirah mempunyai masalah dengan saya atau mungkin dia tidak suka kami rapat? Kenyataannya itu membuat saya tertanya-tanya apa tujuannya, tetapi hingga hari ini, saya tiada jawapan.

"Saya berharap bapa Zahirah menjadi lelaki yang 'gentleman' dan matang. Jika benar tidak suka saya mendekati anaknya, saya sedia meletakkan noktah dalam hubungan kami. Saya hormati permintaannya dan akan mengundur diri," tuturnya.

Dek kerana kenyataan 'sinis' itu juga, ada pihak mendakwa hubungan Zul dengan Zahirah dingin dan merupakan punca mereka sehingga kini tidak berkahwin.

Pada masa sama, Zul turut memberitahu yang dia memahami Zainol hanya mahukan yang terbaik untuk Zahirah.



"Saya juga bakal menjadi bapa suatu hari nanti, sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk zuriat sendiri. Saya sanggup tolak ke tepi perasaan saya jika itu yang dimahukan. Cuma, pinta saya, berterus terang supaya saya tidak tertanya-tanya," katanya

Dalam pada itu, Zul juga berkata dia sememangnya jarang memuatnaik gambarnya dengan Zahirah ke media sosial mahupun hadir ke majlis hiburan bersama teman wanitanya itu kerana dia ingin menjaga nama baik Zahirah.

Pun begitu, Zainol pula menolak dakwaan mengatakan hubungannya dengan Zul bermasalah dan menyatakan kenyataannya baru-baru ini hanyalah gurauan semata.

Tapi pastinya Zul terasa dengan kata-kata itu, hubungan mereka juga bukanlah baru. Semoga Zul terus tabah dengan dugaan ini.

Apapun, pastinya Zul Ariffin bijak membuat keputusan dalam mengimbangkan kerjaya dan juga kisah cinta selain membuat pilihan terbaik dalam menjaga namanya di dalam industri seni tanah air.



www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: