12 November 2017

25 FOTO - SEKITAR MAJLIS TAHNIK ANAK JOVIAN & NINA, 'JEANELLE NIKA MANDAGIE'


Akhirnya pasangan Jovian Mandagie dan Nina Sabrina mendedahkan wajah serta nama anak sulung mereka di laman Instagram masing-masing.





Jovian dan isterinya telah mengadakan majlis tahnik buat puteri mereka, 'Jeanelle Nika Mandagie' selepas tujuh hari kelahirannya.

Dalam pada itu, Jovian menerusi IGnya telah menjawab pertanyaan peminat yang ingin tahu maksud disebalik nama anak perempuannya itu.

"Alhamdulillah, selesai majlis tahnik anak saya Jeanelle Nika Mandagie @princessmandagie semalam, terima kasih kepada Ustaz Badri yang telah mengetuai majlis yang sederhana ini serta keluarga yang telah menyempurnakan majlis dengan kehadiran semua.

Klik untuk gambar besar


"Banyak yang bertanya makna di sebalik nama anak kami, Jeanelle mulanya terinispirasi dari perkataan 'Jannah' tetapi di ubah suai untuk mendapatkan sebutan yang lebih menarik menjadi 'Jeannelle' yang membawa maksud mulia, manakala 'Nika' pula membawa maksud Kejayaan. 'Mandagie', pula maknanya Haute Couture 😝.

"Mudah-mudahan dengan makna yang baik ini anak kami menjadi anak yang soleha, sayang pada ibu dan bapa dan taat kepada agama. InsyaAllah, terima kasih kepada semua yg memberikan ucapan yang baik-baik belaka. May god bless you all with your kind wishes, and i wish you all the same insyaAllah



Dalam pada itu, pasangan ini juga telah mencipta akaun khas buat anak mereka iaitu @princessmandagie yang setakat ini memiliki 53 ribu orang pengikut.

Untuk pengetahuan, akaun Instagram bayi perempuan Jovian dan Nina yang dilahirkan pada 1 November lalu itu sudah diwujubkan sebelum kelahirannya lagi.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan dan semoga Jeanelle membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua-dua ibu bapanya.














































www.myartis.com / Sumber: Jovian Mandagie IG, Nina Sabrina IG & @princessmandagie


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: