12 November 2017

HIKMAH DISEBALIK KEPERGIAN ANAK - BAZLI UNIC & ISTERI DIMURAHKAN REZEKI


Ahli kumpulan UNIC, Bazli Hazwan Che Osman, 33, sudah lima bulan kehilangan anak sulungnya, Muhammad Syahid, 4, yang meninggal dunia pada 7 Jun lalu akibat kenser kelenjar.





Bazli memberitahu yang dia dan isterinya, Asiah Abu Bakar sudah menerima kenyataan itu dengan hati terbuka.

Namun begitu, Bazli berkata yang dia kini mula melihat hikmah di sebalik ujian berat yang dilalui bersama isterinya itu.

"Saya dan isteri terima perkara itu dengan hati yang terbuka dan selepas lima bulan ini kami sudah meneruskan kehidupan seperti biasa, rindu sikit-sikit itu biasalah.

"Tapi, apa yang saya nampak ialah hikmah disebalik ujian itu, yang mana tawaran rezeki itu tidak putus," ujarnya yang mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Muhammad Assfan, berusia setahun.

Klik untuk gambar besar


Kata Bazli lagi, dia dan isteri kini menerima banyak undangan ceramah motivasi yang mahu berkongsi tentang pengalaman mereka berhadapan dengan ujian itu.

Cerita Bazli, kisah arwah yang juga seorang kanak-kanak autism banyak mneyentuh hati masyarakat.

"Alhamdulillah, ramai yang mengundang saya untuk memberi ceramah motivasi dan berkongsi pengalaman bagaimana berhadapan ujian itu dengan tenang.

"Mereka bertanya bangaimana saya mendapat kekuatan itu ketika sedang berjuang dalam pertandingan program realiti 'Gema Gegar Vaganza' lalu.



"Dulu isteri saya suri rumah, namun kini dia juga aktif diundang untuk kongsi pengalaman dia," tuturnya.

Dalam pada itu, Bazli berkata, dia turut menerima mesej peribadi daripada individu luar negara dari Indonesia dan Scotland untuk berkongsi masalah.

"Ramai dari Indonesia yang mesej beri semangat dan terinpirasi dengan apa yang dilalui Syahid, ada juga yang mesej meluahkan keadaan mereka yang melalui ujian yang sama.

"Ada juga seorang individu dari Scotland yang bertanya banyak tentang Islam selepas mengikuti cerita Syahid," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: