Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada Datuk Jalaluddin Hassan yang telah selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Datin Rapidah Abdul Ghani dengan sekali lafaz tepat jam 10.55 pagi tadi.

Majlis nikah pasangan ini yang diadakan secara sederhana itu telah berlangsung di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.
Dalam majlis tersebut, Datuk Jalaluddin telah memberi mas kahwin sebanyak RM300 berseta lima dulung hantaran termasuk kerusi urut dan dibalas tujuh oleh pihak perempuan.
Difahamkan, majlis Ijab dan Kabul ini disempunakan oleh kekanda Datin Rapidah iaitu, En Lokman Abd Ghani.
Sebelum ini, perkhabaran tentang hantaran kerusi urut daripada Jalaluddin kepada bakal isterinya itu turut mendapat perhatian warga laman sosial.
Klik untuk gambar besar

Bagi pelakon veteran ini, dia mempunyai sebab tersendiri menjadikan kerusi urut sebagai hantaran.
"Dia memang memerlukan kerusi urut itu kerana banyak membuat kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerusi urut, senang untuk dia beristirehat," katanya sebelum ini.
Untuk pengetahuan, Datuk Jalaluddin dan juga isterinya yang kini berusia 44 tahun dan juga seorang ibu tunggal mula berkenalan melalui Facebook.
Datuk Jalaluddin sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Hashimah Mad Ehsan selama 40 tahun sebelum arwah meninggal dunia pada 5 November 2016 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah kencing manis dan paru-paru berair.






www.myartis.com / Foto: Hlive, Ashraf Muslim & @kakmar_marissa
________________________

No comments:
Post a Comment