13 November 2017

TAHNIAH - LUFYA OMAR SELAMAT LAHIRKAN ANAK PEREMPUAN


"Alhamdulillah, syukur puteri 'Baby L' selamat dilahirkan secara normal. Anak kami berada dalam keadaan sempurna dan cukup sifatnya," kata pelakon Lufya Omar yang selamat telah melahirkan anak sulungnya pada jam 6.32 petang kelmarin.





Berkongsi berita gembira itu di laman Instagram, Lufya memberitahu, bayi perempuan seberat 3.39 kilogram yang hanya diperkenalkan sebagai 'Baby L' itu disambut doktor peribadinya dengan dibantu suami, Che Muhammad Hafiz Che Baharom.

"Terima kasih Dr Arifah yang dibantu suami menyambut kelahiran 'Baby L' dengan baik," ujarnya bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6)

Dalam masa sama, Lufya turut meluahkan rasa terharu kerana suaminya memberi sokongan ketika berada dalam bilik bersalin.

Klik untuk gambar besar


"Daddy dah macam pasukan sorak di bilik bersalin semalam (11.11.17). Untungnya Baby L, daddy sendiri yang potong tali pusatnya. Amboi... Anak daddy sangat!" tuturnya.

Sementara itu, Lufya turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak henti-henti berdoa dan memberi kata-kata semangat kepadanya.

"Terima kasih kepada seluruh keluarga saya dan suami yang tidak putus-putus mendoakan. Tidak lupa juga kepada sahabat, penyokong industri dan pengikut yang memberi kata-kata semangat," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Che Hafiz pada 26 November tahun lalu.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Lufya Omar IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: