13 November 2017

LAKONAN: MAWAR RASHID KINI LEBIH BERHATI, TIDAK LAGI BERSENTUHAN


Mendapat restu daripada suaminya, Raf Yaakob untuk terus bergiat aktif dalam kerjaya seni, pelakon Mawar Rashid memberitahu yang dia kini akan lebih berhati-hati dalam lakonan.





Kata Mawar, dia menegaskan tidak akan melakonkan babak bersentuhan lagi demi menjaga batasnya sebagai seorang wanita yang sudah berkahwin.

"Alhamdulillah, suami memberikan restu untuk teruskan kerjaya seni, tetapi saya perlu lebih berhati-hati dalam menjaga keperibadian.

Klik untuk gambar besar


"Insya-Allah, selepas ini saya tidak akan lagi menjayakan babak bersentuhan dalam lakonan. Suami tidak pernah meletakkan syarat itu, sebaliknya saya perlu lebih berhati-hati," jelasnya.

Sebagai seorang isteri, bukan sahaja harus menjaga maruah suami tetapi diri sendiri juga. Janganlah nanti, timbul pula komen negatif ataupun fitnah sekiranya Mawar melakonkan aksi bersentuhan.








www.myartis.com / Sumber: Hip Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: