23 November 2017

SANDING 28 JANUARI 2018 - TARIKH NIKAH YUNA & ADAM MASIH RAHSIA


Nampaknya penyanyi popular Yuna dan tunangnya, Adam Sinclair akan melangsungkan majlis persandingan mereka itu pada 28 Januari 2018 selepas sumber berkongsi kad jemputan perkahwinan mereka.





Selain layangkan kad, sumber tersebut turut memberitahu yang majlis persandingan pasangan sama cantik sama padan ini akan diadakan di Putrajaya Convention Center.

Bagaimanapun, tarikh pernikahan mereka tidak pula didedahkan oleh sumber. Namun kemungkinan, pasangan itu akan bernikah sekitar bulan Januari tahun depan.

Klik untuk gambar besar


Pasti ramai tak sabar menanti Yuna dan tunangnya berlangsung pernikahan dan juga nak tengok persalinan yang akan dipakai penyanyi antarabangsa itu nanti.

Rasa-rasanya siapa pereka fesyen yang akan buat Yuna cantik menawan di hari bahagianya nanti ya? Kami yakin Hatta Dolmat tetap menjadi pilihan Yuna...

Apapun, tahniah kami ucapkan kepada Yuna dan Adam dan semoga segala urusan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: