14 November 2017

TAHNIAH - ABAM BOCEY AKHIRI ZAMAN BUJANG DISEMBER INI


Alhamdulillah... akhirnya pelawak dan pelakon Abam Bocey bakal menamatkan zaman bujangnya bulan depan bersama wanita pilihannya yang didakwa kenalan lama.





Menurut Abam, hubungan mereka terjalin semula baru-baru ini dan mereka merancang untuk mengadakan majlis pihak perempuan pada 8 Disember manakala majlis pihak Abam dilaksanakan keesokan harinya iaitu 9 Disember.

"Saya mahu kumpul harta terlebih dahulu sebelum menggalas tanggungjawab sebagai suami. Apabila berkahwin, saya mahu ada kediaman sendiri.

"Insya-Allah, saya akan membawa ibu tinggal bersama saya dan bakal isteri. Siapa lagi diharapkan membahagiakan ibu jika bukan anaknya sendiri," ujar Abam.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun buat masa ini, Abam belum mendedahkan dan masih berteka-teki dengan wajah bakal isterinya itu. Namun, ada sumber mengatakan cantik orangnya.

Jika masih ingat sebelum ini, Abam pernah berbicara mengenai hubungannya dengan seorang wanita Sabah, namun dalam soal jodoh, manusia hanya mampu merancang.
Apapun, tahniah kami ucapkan kepada Abam dan semoga segala rancangan persiapan perkahwinan akan dipermudahkan olehNya.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: