26 December 2017

ANAK BUAT 'PICK UP LINE' - JOY RASA SAYU, HATI PENGIKUT TERSENTUH


Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram semalam, usahawan Joy Revfa, 30, telah memberitahu yang anak lelakinya hasil perkahwinan terdahulu iaitu Arryan Firdaus telah membuat 'pick up line' yang menusuk jiwa.





Melihat pada status tersebut, dia ingin membeli permainan super hero untuk anak kesayangannya itu namun ditolak oleh kanak-kanak berusia empat tahun itu.

"Arryan tak nak super hero lagi, ibu... Kenapa? Nanti ibu belikan super hero Arryan... Arryan tak nak...! Kan ibu super hero Arryan..." tulis Joy.

Joy menerusi status sama turut meluahkan rasa sayu terhadap anaknya itu yang menganggap kanak-kanak itu sudah bijak berkata-kata.

"Tersentuh pula ibu dengar... Pandai tak Arryan main 'pick up line' untuk ibu? Nak suruh bodek beli apa ntah... ni mesti Mak Long dia ajar ni," katanya.

Klik untuk gambar besar


Perkongsian itu telah membuatkan hati pengikutnya tersentuh dan sayu dengan kata-kata Arryan yang menggelarnya sebagai super hero. Rata-rata pengikutnya juga menganggap ia perkara paling manis di antara ibu dan anak.

Malah ramai menganggap Arryan seorang kanak-kanak yang cerdik dan mendoakan agar dia terus menjadi anak yang soleh.

Pengikutnya juga meminta agar Joy lebih kerap memuatnaik gambar Arryan selain video keletah kanak-kanak comel itu.

Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, 30, kini dilihat lebih menumpukan kepada perniagaan dan anak lelakinya sejak sah bercerai dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada Oktober lalu.










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: