26 December 2017

NAD ZAINAL TERUJA BAKAL 'HONEYMOON' KE KOREA BERSAMA ANAK


"Selama ini, saya dan suami cuba hendak bercuti di lokasi jauh. Tambah seronok, 'honeymoon' kali ini ditemani anak sulung.





"Gementar pun ada kerana membawa anak kecil," kata pelakon Nad Zainal yang teruja apabila bakal 'terbang' ke Korea Selatan bersama suami, Faliq Amirudin dan anak sulung mereka, Fahad Ibrahim, esok.

Sebelum ini, perancangan bercuti pada musim sejuk di negara 'Winter Sonata' itu sering tertangguh dek kesibukan mereka. Lantas, rezeki kali ini dianggap percutian bulan madu bagi pasangan ini.

Dalam pada itu, Nad juga turut memberitahu yang mereka sekeluarga bakal menyambut tahun baharu di Korea Selatan.

Nad berkata, beliau tidak sabar melawat beberapa lokasi menarik yang selama ini viral di laman sosial.

Klik untuk gambar besar


"Saya akan bercuti puas-puas kerana akan kembali sibuk di pentas seni, awal tahun depan," tuturnya.

Mengenai perkembangan dunia perniagaan, pengeluar jenama produk Audela ini mengakui teruja dapat mengajak lebih 200 pelajar universiti dan suri rumah menyertai kempen Pink Troopers, yang dilancarkan pada 11 November lalu.

"Kita mahu bantu pelajar ini timba pengalaman sebelum tamat sekolah atau pengajian. Kita mahu mereka ada keyakinan, termasuk dalam soal bercakap, sekali gus meyakinkan pembeli untuk membeli produk yang dijual," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: