03 December 2017

ANAK GENAP USIA 6 TAHUN - NEDIM NAZRI LUAH RASA RINDU


Menerusi laman sosial Instagram, suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz telah memuatnaik rakaman ucapan ulangtahun kelahiran Mohamed Nedrin atau Dre yang ke-6.





Selain ucapan, Nedim turut meluahkan rasa rindu kepada anak kandungnya hasil perkahwinan pertama.

"Hari ini hari jadi Dre. Selamat hari lahir sayang Daddy. Kamu sudah besar sekarang. Daddy bangga dengan pencapaian kamu, yakinlah Daddy akan lawan untuk dapatkan hak kamu kembali kepada Daddy.

"Tiga bulan tak berhubungan dengan Daddy kerana disekat untuk bercakap dengan Daddy tapi jangan risau nanti kita akan sambut kembali hari lahir awak okay sayang. Daddy rindu kamu," tulisnya di akaun @boss_ned.

Dalam masa sama, Nora turut memuatnaik status merindui Dre menerusi laman Instagram.

Klik untuk gambar besar


Video yang turut kelihatan Nora itu setakat ini telah mendapat lebih 240,000 tontonan dan lebih 760 komen daripada pengikut.

Rata-rata pengikut laman tersebut turut menyatakan rindu kepada Dre dan berharap kanak-kanak lelaki tersebut diberi peluang untuk bertemu dengan bapanya.

Nedim pernah berkahwin dengan Nabilah Khan pada 2011 sebelum bercerai pada 2013. Dia kemudian berkahwin dengan Nora pada 30 Mac lalu selepas tiga tahun bercinta.

Nora sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki Putera Rayqal yang kini berusia lapan tahun.












www.myartis.com / Sumber: mStar, Nedim Nazri IG & Nora Danish IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: