16 December 2017

AZWAN & EZZATY PILIH NAMA 'HARUM DALIA' UNTUK ANAK SULUNG


Menerusi muatnaik status di laman Instagram milik pelakon Azwan Kombos, beliau telah memberitahu nama anak sulungnya hasil perkahwinan dengan aktres Ezzaty Abdullah.





Pasangan selebriti itu telah memilih nama 'Harum Dalia' untuk anak perempuan mereka yang dilahirkan pada 6 Disember lalu.

Azwan yang sebelum ini berkongsi gambar pertama memperlihatkan wajah 'Harum Dalia' yang dikongsi pada malam Khamis lalu itu telah dipadam atas nasihat keluarga.

"Saya terpaksa padam gambar bayi atas nasihat keluarga dan hanya siarkan sijil kelahiran sahaja. Sebenarnya, saya teruja dan tak sabar nak kongsi kebahagiaan ini," tulisnya di IGnya.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata netizen turut meninggalkan komen teruja dengan keunikan nama anak sulung Azwan dan Ezzaty.

Malah, ada yang mengharapkan agar nama tersebut membawa maksud yang baik dan memberi keberkatan pada bayi tersebut.

Terdahulu pada 7 Disember lalu, Azwan memaklumkan hanya akan berkongsi nama anak mereka setelah memasuki hari ketujuh kelahiran.



Jelasnya, dia sudah mempunyai beberapa pilihan nama sejak bayi itu dalam kandungan dan akan memilih nama yang mempunyai maksud baik serta mudah diingati.

"Apa yang penting, nama yang diberi bermaksud baik-baik dan mudah untuk diingati," ujarnya sebelum ini.

Untuk rekod, Ezzaty dan Azwan berkahwin pada 16 Julai tahun lalu pada majlis yang diadakan di Bentong, Pahang.














www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: