05 December 2017

"BAKAT TAK PENTING" - IZARA DEDAH TAK DITERIMA KERANA JARANG 'UPDATE'


Baru-baru ini, pelakon Izara Aishah menerusi laman Twitternya telah mendedahkan ada syarikat produksi yang tidak mahu mengambil dirinya berlakon hanya kerana tidak begitu aktif di media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.





Dalam status tersebut, Izara juga meluahkan rasa kecewa dan terkilan kerana bakat tidak lagi penting sebagai seorang pelakon

"Ada yang tak terima saya berlakon kerana tak selalu update social media. Baru tau sekarang bakat dan commitment yang sepatutnya diberi sebagai pelakon dah tak penting," tulis Izara.

Status tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen yang turut memberikan kata-kata semangat serta sokongan kepada Izara.

Dalam pada itu, ada juga peminat yang memberikan reaksi terkejut dengan pendedahan Izara itu dan menganggap aktif di media sosial sebagai kriteria utama untuk diambil berlakon sebagai mengarut.

Klik untuk gambar besar


Tetapi ada juga yang mencadangkan pihak produksi berbuat demikian untuk mendapatkan publisiti percuma jika Izara berlakon dalam drama atau filem mereka — kedekut duit untuk promosi?

Tidak dinafikan jumlah followers seseorang artis itu kini menjadi syarat utama untuk mereka menerima tawaran berlakon ataupun nyanyian.

Iyelah, pada masa yang pihak penerbit mahu artis turut mempromosikan drama serta filem mereka. Bagaimanapun, bakat seseorang itu dalam berlakon juga penting agar sesebuah karya itu lebih berkualiti.

Pihak produksi seharusnya memandang bakat seorang pelakon itu terlebih dahulu sebelum mengambil kira aktif atau tidak seseorang itu dalam media sosial. Baru kerja jalan dan produk berkualiti, bukan begitu?










www.myartis.com / Sumber: Izara Aishah Twitter


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: