05 December 2017

SERTAI GV4 - TIA JINBARA AKUI AHLI KUMPULAN LAIN TAK HALANG


"Mereka tiada masalah apabila saya menyatakan hasrat mahu menyertai GV4. Saya telah berbincang dengan mereka dan tiada halangan. Bahkan mereka turut hadir untuk menyokong saya. Hubungan kami sangat profesional.





"Semua ada komitmen tersendiri dan kami akan sentiasa berhubung jika ada sebarang kerja atau tawaran," kata vokalis kumpulan Jinbara iaitu Tia yang mendedahkan ahli kumpulan yang lain tiada halangan untuk dirinya menyertai Gegar Vaganza 4 (GV4).

Di konsert suku akhir GV4, ahli kumpulan yang lain iaitu Cepot, Akim, Ahtan dan Lan hadir memberikan semangat kepada Tia yang menyampaikan lagu 'Bayang', nyanyian asal Khai Bahar.

Klik untuk gambar besar


Tiada masalah untuk Tia tampil solo, vokalis berusia 47 tahun ini juga mempunyai perancangan tersendiri untuk kumpulannya selepas tamatnya GV4 nanti.

"Saya tak mungkin akan melupakan mereka kerana dalam GV4 pun, saya membawa nama Jinbara. Selepas tamatnya GV4, saya percaya yang rezeki itu luas. Nama saya dan kumpulan Jinbara akan kembali meniti di bibir peminat.

"Saya sudah mempunyai idea atau perancangan untuk diri sendiri serta kumpulan Jinbara. Insya-Allah, rezeki itu akan dikongsi bersama," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: