05 December 2017

MINTA PULANGKAN IG JANNA NICK - USOP MENTOR PULA JADI MANGSA


Pada Sabtu lalu, akaun Instagram pelakon Janna Nick yang mempunyai 3 juta followers itu telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Namun begitu, Janna telah mendapat semula akaun tersebut.





Terkini, penyanyi Usop Mentor pula menjadi mangsa penggodam apabila akaun Instagramnya yang hampir 500,000 pengikut itu tidak dapat diakses dan hilang daripada carian aplikasi tersebut.

Kata Usop, laman sosial tersebut digodam sejurus dia meminta pihak tidak bertanggungjawab itu memulangkan semula Instagram pelakon drama 'My Coffee Prince' itu.

"Saya mengetahui laman Instagram saya digodam apabila dimaklumkan oleh seorang teman pada pagi Sabtu lalu.

"Sebelum kejadian, saya ada meninggalkan komen di Instagram Janna meminta penggodam memulangkan semula akaun pelakon tersebut.

Klik untuk gambar besar


"Tak sangka pula saya menjadi mangsa seterusnya. Sejujurnya, saya bersedih dengan apa yang berlaku dan tidak menyangka akan menjadi mangsa dalam isu ini," kata Naib juara Mentor Milenia 2017.

Jejaka berasal daripada Kedah ini turut mengakui tidak dapat melelapkan mata memikirkan nasib akaunnya itu.

"Sampaikan nak lelapkan mata pun saya tak mampu kerana terfikirkan tentang laman tersebut. Besar harapan saya Instagram itu pulih seperti sedia kala dan dikembalikan semula kepada saya," tuturnya.

Dalam pada itu, Usop memaklumkan buat masa ini dia menggunakan Instagram kelab peminat iaitu 'Usop Kelia Fans Official' sebagai medium untuk berhubung dengan pengikut.



Ujarnya, akaun lain yang wujud di laman tersebut merupakan akaun palsu yang tiada kaitan dengan dirinya.

"Buat masa ini saya tidak wujudkan sebarang akaun baru dan hanya menggunakan akaun kelab peminat tersebut.

"Sebarang makluman mengenai perkembangan terkini saya akan di muat naik di akaun tersebut dan harapnya tiada yang tertipu dengan akaun palsu lain," jelasnya.

Bercakap mengenai karier seni, Usop memberitahu lagu runut bunyi nyanyiannya untuk filem 'Rempit Sampai Langit' berjudul 'Sampai Langit' kolaborasi bersama Ajak Shiro mendapat jumlah tontonan hampir sejuta di laman Youtube.

Selain itu, Usop atau nama sebenarnya Saiful Naim Muhd Noor, 20, dalam proses menyiapkan single terbaharu yang dijangka bakal dilancarkan awal tahun depan.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: