05 December 2017

CEDERA SERIUS AKIBAT KECUAIAN - FARID KAMIL MAHU SAMAN PRODUKSI?


"Kaki saya sakit, lebam-lebam seperti kena gigitan. Malah, hampir tidak boleh berjalan akibat terkena hujan dipercayai kotor dan mengandungi toksik.





"Saya juga tidak boleh memakai seluar dan tidak boleh tidur malam selama beberapa hari kerana menahan sakit selepas kejadian itu minggu lalu.

"Nelydia pula mendapat gatal-gatal di separuh bahagian badannya," kata pelakon Farid Kamil yang mengalami kecederaan yang serius sehingga hampir tidak boleh berjalan ketika menjalani penggambaran sebuah drama.

Kerjaya sebagai seorang pelakon itu bukanlah mudah seperti yang disangka, mereka bukan sahaja bekerja dalam tempoh masa yang lama tetapi turut terdedah dengan keadaan sekeliling yang mungkin berbahaya.

Sehubungan dengan kejadian tersebut, Farid berkata yang beliau diberikan cuti sakit selama 10 hari dan terpaksa menanggung kesakitan itu selama beberapa hari lamanya.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, atas dasar profesional, suami kepada pelakon dan penyanyi Diana Danielle ini tetap menghabiskan baki penggambaran.

Namun, Farid merencana untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak produksi atas kecuaian mereka yang tidak menjaga keselamatan artis dan kru di lokasi.

"Isu ini membabitkan soal hidup dan mati golongan artis seperti kami. Saya merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit nanti.

"Jika saya tidak mengambil tindakan tegas kecuaian ini boleh menimpa pelakon lain pula nanti," tuturnya.

Kesian juga dengan Farid yang terpaksa menahan sakit semata-mata kerana kecuaian pihak lain. Tidak kira apa pekerjaan sekalipun, aspek keselamatan harus diambil kira agar tidak timbul sebarang masalah.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: