13 December 2017

BATAL KEMUNCULAN DALAM MELETOP - FATTAH KENA HENTAM TERUK


Terdahulu pada bulan Mei lalu, pelakon Fattah Amin pernah dikecam kerana tidak hadir ke program MeleTop, namun memberi alasan tidak menerima sebarang arahan untuk menjadi tetamu pada malam berkenaan.





Manakala pada bulan Jun lalu, Neelofa pula dikecam netizen yang menganggap dia tidak profesional untuk bertentang mata dengan tetamu episod itu, Fattah dan Fazura apabila mengambil pendekatan tidak menjadi pengacara pada malam itu.

Kini nama Fattah sekali lagi menjadi bualan hangat pada malam semalam (Selasa) apabila dia dikatakan enggan muncul dalam program Meletop yang dihoskan bekas kekasihnya, Neelofa dan pengacara Nabil Ahmad.

Pihak produksi yang telah membuat pengumuman awal akan kemunculan Fattah dalam rancangan itu bagaimanapun melakukan permohonan maaf ketika rancangan berkenaan sedang keudara dengan alasan Fattah tidak dapat hadir.

Klik untuk gambar besar


"Kami ingin memohon maaf. Fattah Amin tidak dapat hadir malam ni, disebabkan urusan di luar jangkaan yang tak dapat dielakkan.

"Tapi jangan risau, nanti kami jemput Fattah Amin & isteri datang sini lagi. Hehe," kata kenyataan itu menerusi Instagram rasmi program berkenaan.

Nampaknya hasrat penonton drama 'My Coffee Prince' khususnya peminat Fattah yang sudah begitu teruja menantikan kehadiran tidak tercapai apabila pelakon utama itu membatalkan kemunculannya itu pada saat akhir.

Pada masa sama, pengurus Neelofa pula dalam laman 'Instastory' miliknya berkongsi tulisan berbaur sindiran apabila menganggap seseorang itu tidak profesional apabila sudah tiba namun terus pulang.



Tanpa menyebut siapakah individu itu namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan.

Insiden itu menyebabkan ramai peminat menghentam Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 27, yang dikatakan tidak bersikap profesional dan tidak mahu bertemu dengan Neelofa.

Bukan itu sahaja, pelbagai spekulasi yang timbul sehingga nama Fazura juga terheret sama dalam isu panas ini. Netizen mula mengamuk besar dan menganggap Fattah bersikap tidak professional.

Fattah dikatakan sudah bersiap sedia berada di belakang pentas untuk muncul dalam program tersebut namun menarik diri pada saat-saat akhir.



Situasi itu berjaya dirakamkan peminat yang berada dalam studio untuk menyaksikan rancangan itu.

Dalam pada itu, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad ketika dihubungi memberi komen ringkas dengan berkata, Fattah sememangnya sudah muncul di belakang pentas namun dia ada hal kecemasan dan perlu bergegas pulang.

Kami tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya malam tadi, mungkin juga Fattah ada hal yang lebih penting untuk diselesaikan.

Tuduhan terhadap isterinya itu juga mungkin tidak betul. Sama-sama kita nantikan penjelasan lanjut dari Fattah, sekarang relaks dulu ya peminat-peminat semua.














www.myartis.com / Sumber: mStar & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: