12 December 2017

JIHAN MUSE BUAT BABY SHOWER, BAKAL TIMANG ANAK 'LELAKI'


"Tiga hari lalu saya dah lihat gambar imbasan yang menampakkan seperti turtle.

"Alhamdulillah, secara rasmi Jihan dan Ungku bakal menimang bayi lelaki," jelas Konsultan Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) Dr. Norleen Mohd Salleh secara langsung menerusi aplikasi ‘facetime’ ketika majlis 'Hi Mommy Jihan' yang diadakan di Sanggul Restauran, Kuala Lumpur, petang tadi.





Majlis tersebut diadakan sempena sebuah rancangan khas untuk Jihan Muse dan Ungku Hariz yang memaparkan klip-klip eksklusif kehidupan harian mereka sepanjang tempoh kehamilan Jihan sehinggalah Jihan melahirkan bayinya menerusi kapsul bersiri, ‘Hi Mommy Jihan!’ yang akan disiarkan di saluran Astro Ria.

Selain rancangan Astro itu, turut diadakan ialah majlis baby shower bertema ‘bohemian’ yang turut dihadiri rakan artis seperti Nad Zainal, Fara Fauzana, isteri kepada Nabil, Zira dan Mark Adam.



"Insya-Allah saya dijangka bersalin pada awal Januari tapi takut bersalin awal pula. Sebab perut saya sudah besar.

"Pada awalnya saya tak nak tahu apa jantina bayi kami sebab tak nak kecewa. Bila dah tahu lelaki kang tiba-tiba keluar perempuan.

"Lagipun, saya suka kejutan. Tapi bila nak buat persiapan dan beli barang, hujung-hujung ni kenalah tahu juga," ujar Jihan dipetik sebagai berkata.


Sumber: Ms - Photo: Jihan IG

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: